Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

OPPO lancar model R9s

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Telefon pintar model terbaharu, OPPO R9s dibuka untuk tempahan bermula hari ini sehingga 13 Januari ini pada harga RM1,798 sebuah.

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang berkata, telefon pintar itu boleh didapati menerusi platform e-dagang iaitu Lazada dan 11street atau di 1,200 rangkaian jualan OPPO di seluruh negara.

“Harga yang ditawarkan ini adalah lebih murah berbanding negara lain seperti China dan Si­ngapura.

“Malah, OPPO R9s juga boleh didapati di kedai elektronik Sen Heng atau melalui rakan telekomunikasi Maxis dan Celcom,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan model OPPO R9s, di sini hari ini.

OPPO R9s dilengkapi dengan kamera hadapan 16 megapiksel selain dipadankan dengan apertur f/2.0 dan teknologi skrin flash OPPO.

Telefon pintar itu juga memiliki sensor khas Sony IMX398 16MP f/1.9 di kamera belakangnya.

Jelas Fang, OPPO R9s akan berada di pasaran pada 14 Januari ini.

Dalam pada itu, Fang berkata, pihaknya turut menyasar untuk menguasai 70 peratus pasaran segmen telefon pintar dalam lingkungan harga RM1,500 sehingga RM2,000 menjelang Ogos ini.

“Harga lingkungan ini diper­kenalkan pertama kali berban­ding sebelum ini sebanyak RM900 sehingga RM1,200 de­ngan penguasaan pasaran seba­nyak 57 peratus.

“Pasaran Malaysia semakin berkembang dan kita perlu memastikan OPPO sentiasa berada di hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain