Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

OpenTraffic dilancar di Malaysia

KUALA LUMPUR 10 April – Grab Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan World Bank Group melancarkan inisiatif OpenTraffic di Malaysia bagi menyediakan data trafik daripada penstriman sistem pengesan global (GPS) lalu lintas Grab.

Sean Goh

Pengarah Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, OpenTraffic tersebut akan membantu menyediakan maklumat atau data terbuka dalam menangani kesesakan trafik serta meningkatkan ke­selamatan jalan raya di bandar-bandar di negara ini.

Katanya, inisiatif tersebut juga menyediakan agensi pengurusan trafik dan perancang bandar dengan akses kepada set data terbuka untuk mengurus aliran lalu lintas dan membuat pelaburan terbaik bagi infrastruktur pengangkutan tempatan.

“Disediakan tanpa kos kepada kerajaan melalui lesen data terbuka, OpenTraffic menterjemahkan data GPS pemandu Grab kepada data yang mengesan kelajuan lalu lintas di jalan raya sebagai menganalisis pola kesesakan puncak dan masa perjalanan.

“Platform ini direka bagi membantu agensi pengurusan trafik untuk mengurangkan aliran lalu lintas terutama di kawasan bandar yang padat,” katanya pada majlis menandata­ngani memorandum persefahaman (MoU) platform itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Negara Hab Pengetahuan dan Penyelidikan Global World Bank Group, Faris Hadad-Zervos dan Pengarah Bahagian Ekonomi Data MDEC, Ir. Dr. Karl Ng.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain