Wall Street Journal (WSJ) me­laporkan, syarikat permainan dari Jepun tersebut akan meningkatkan pengeluaran Switch kepada 16 juta unit bagi tempoh kewang­an akan datang berbanding lapan juta unit seperti yang dirancang pada peringkat awal.

WSJ memetik sumber yang memberitahu jualan Nintendo bagi bulan Mac sahaja sebanyak 2.5 juta unit melebihi sasaran awal iaitu sebanyak dua juta unit.

“Switch menginterpretasi apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan konsol permainan. Peminat tegar boleh memainkannya di televisyen seperti konsol tradisional atau secara on-the-go se­perti unit Gameboy.

“Ia dikawal dengan menggunakan dua alat kawalan yang boleh ditanggalkan dan dilekatkan di sisi konsol yang dikenali sebagai Joycon, bergantung kepada cara penggunaan,” katanya di sini hari ini.

Maklumat tidak rasmi mengatakan Nintendo dianggarkan telah menjual sebanyak 1.5 juta Switch sejak pelancarannya pada bulan ini.

Presiden Nintendo Amerika Syarikat, Reggie Fils-Aime memberitahu, penjualan konsol tersebut merupakan yang terpantas di Amerika mengatasi mana-mana konsol yang pernah dikeluarkan sebelum ini seperti Wii. – AGENSI