JUAN ARANOLS
JUAN ARANOLS 

Juan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Nestle untuk Zon Asia, Oceania dan Sahara Afrika, kata Nestle Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang 28 tahun bersama Kumpulan Nestle, Juantelah memegang beberapa peranan dengan tanggungjawab yang besar merentasi beberapa pasaran berbeza di Eropah dan Amerika Latin.

Pengeluar makanan dan minuman itu berkata, Alois, telah berkhidmat sebagai CEO Nestle Malaysia untuk selama lima setengah tahun, telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan bagi mengejar kepentingan lain di luar syarikat.

Alois Hofbauer
ALOIS HOFBAUER

"Saya berasa bangga bahawa pasukan saya telah membangunkan Nestle Malaysia sebagai salah satu daripada syarikat yang memiliki prestasi terbaik di Bursa Malaysia. Kami merangsang pertumbuhan dan mencapai keputusan yang kukuh tahun demi tahun.

"Saya yakin bahawa pencapaian ini akan diteruskan, dan saya mendoakan kejayaan untuk Juan dalam peranan baharunya," kata Hofbauer. - - BERNAMA