Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Naza TTDI sasar pendapatan RM1.4 bilion

SM Faliq
SM Faliq

KUALA LUMPUR 8 Mac – Kumpulan Naza TTDI menyasarkan untuk memperoleh pendapatan berjumlah RM1.4 bilion pada tahun ini dipacu oleh dua syarikatnya iaitu pemaju hartanah, Naza TTDI dan syarikat pembinaan, Naza Engineering and Construction (Naza EC).

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin (gambar) berkata, pertumbuhan syarikat dijangka berkembang baik tahun ini dengan penambahan beberapa projek.

Jelasnya, Naza EC akan mula membida beberapa projek infrastruktur di seluruh negara dengan fokus utama di luar Lembah Klang.

“Naza EC dijangka menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan pendapatan syarikat dengan projek-projek pembangunan besar berjumlah RM2.1 bilion dapat dimeterai tahun ini.

“Naza TTDI pula akan melancarkan lima projek perumahan tahun ini di TTDI Alam Impian Shah Alam, TTDI Grove Kajang dan di KwasaDamansara yang melibatkan kediaman berkembar, apartmen, kondominium dan rumah bandar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM793 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naza TTDI Sdn. Bhd. merupakan pemaju perumahan di bawah syarikat Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 1973 dengan lebih 15,000 kediaman dan unit komersial berjaya disiapkan menjadikannya pemaju perumahan milik persendirian terbesar di Malaysia.

Syarikat berkenaan berjaya meluaskan portfolio hartanah dengan membangunkan projek berimpak tinggi termasuk KL Metropolis di Jalan Duta yang merupakan pembangunan campuran bersepadu bernilai RM20 bilion.

Naza TTDI yang membangunkan projek Platinum Park bernilai RM4 bilion di Kuala Lumpur City Center juga berjaya menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Hartanah Asia Pasifik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain