Ketua Pegawai Operasi Naza Premira, Farouk Faisal berkata, Vespa itu didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu putih, hijau, hitam dan kuning, boleh mula didapati di bilik pameran terdekat.

Katanya, dikuasakan oleh enjin Quasar kategori 300cc penyejuk cecair, skuter Vespa baharu itu juga tiada tandingannya di pasaran dari segi kuasa.

“Keistimewaan utama Vespa ini adalah keupayaan kuasanya yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 21.2 hp pada 7,750 rpm dengan kuasa kilas 22 Nm pada hanya 5,000 rpm.

“Enjin silinder tunggalnya memastikan tidak balas pantas pendikit dengan prestasi cemerlang, sesuai untuk bergerak melalui lalu lintas di bandar besar,” katanya pada pelancaran Vespa itu di sini baru-baru ini.

Vespa GTS Super 300 hadir dengan reka bentuk klasik sporty seperti lagenda koleksi Vespa yang dikatakan sebagai jenama skuter premium paling dinamik di Itali.

Farouk memberitahu, Vespa itu lengkap dengan sistem brek antikekunci (ABS) pada roda hadapan dan belakang untuk kawalan roda optimum dalam semua keadaan cuaca di Malaysia.