Ketua Naza Kia Malaysia, Nazman Yusof berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 20 peratus jualan dijangka akan disumbangkan oleh model Grand Carnival serba baharu.

Kata beliau, unjuran tersebut dibuat selepas dua buah model kenderaan utiliti sukan (SUV) ia­itu Kia Sportage dan Kia Sorento mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia.

“Bagi segmen D SUV, kami mengusai 40 peratus pasaran tempatan berikutan dua model nilai tinggi (high value model) berjaya mencatat jualan yang tinggi berbanding model-model Kia yang lain. Bagaimanapun, kami belum lagi mengusai pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) dan berharap dengan pelancaran Grand Carnival serba baharu mampu memberikan penguasaan pasaran dalam masa terdekat.

“Buat masa ini kesemua model Grand Carnival adalah diimport sepenuhnya (CBU) dan versi pemasangan tempatan (CKD) akan dijual pada suku keempat tahun 2017,” katanya dalam sidang akhbar maj­lis pelancaran Kia Grand Carnival serba baharu di sini Khamis lalu.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi Automotif Kumpulan Naza, Datuk Samson Anand George.

Tambah Nazman, sebanyak 500 buah Grand Carnival serba baharu telah ditempah sejak Januari lalu.

Kata beliau, MPV dengan lapan tempat duduk tersebut tetap mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun menggunakan bahan bakar diesel berbanding petrol.

“Pesaing-pesaing lain sudah lama menggunakan diesel untuk model kereta mereka dan kami yakin ianya tidak akan memberi kesan kepada prestasi jualan Grand Carnival serba baharu. Kami menetapkan unjuran jualan bagi Grand Carnival serba baharu adalah antara 100 buah hingga 120 buah kenderaan sebulan.

“Grand Carnival serba baharu hadir dalam tiga va­rian iaitu varian D (RM153,888), KX (RM165,888) dan EX (RM185,888),” jelasnya.