MARIANA ZALIZAN memperagakan produk baharu keluaran syarikatnya, Lemon Slimex Nareena di Kota Bharu. - UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMAD NOR

Pengarah Urusannya, Datin Mariana Zalizan berkata, produk berasaskan minuman kesihatan dan pelangsingan badan itu mampu dicapai selepas mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jualan mencecah 50,000 botol setiap bulan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 500 pengedar dan stokis-stokis utama di seluruh negara yang giat memasarkan produk tersebut.

“Selepas berada di pasaran pada awal Ogos lalu, produk Lemon Slimex Nareena kini semakin menjadi pilihan pengguna sehingga tular di laman-laman sosial.

“Beratus-ratus testimoni positif diterima daripada pelanggan yang berpuas hati dengan produk kami selepas menggunakannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mariana berkata, Lemon Slimex dihasilkan di kilang yang mendapat pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, produk yang turut mendapat status halal itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM110 sebotol mengandungi 20 sachet bagi Semenanjung Malaysia serta RM120 di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, selain Lemon Slimex, Nareena Solution turut memasarkan produk-produk lain seperti kopi hijau Nareena lima dalam satu, Susu Kambing pelbagai perisa iaitu kurma madu, strawberi, coklat dan vanila.

“Produk kecantikan pula pihak kami hasilkan set skincare Nareena Super Glow dan Nareena Glow Shine Candy Susu Kambing Kurma Madu berbentuk tablet.

“Kami kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi pengedar dan stokis bagi menjana pendapatan lumayan,” ujarnya.