SHAHUL HAMEED

Pengasas dan Presiden MyEvents International, Shahul Hameed berkata, MoU itu akan terus memantap dan mengukuhkan perniagaan syarikat dengan meneroka peluang di negara-negara baharu berkenaan.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, MyEvents International berpeluang untuk terus melebarkan operasi perniagaan, daripada pengendali acara kepada pempamer bertaraf dunia terutama di pasaran baharu muncul.

“MoU ini mencerminkan kejayaan dan pencapaian kami dalam menguruskan perniagaan di negara kami beroperasi, dan diharapkan perjalanan ini memberi lebih ganjaran dan kenangan,” katanya dalam majlis MoU itu di sini hari ini.

Berkenan berangkat menyaksikan majlis perjanjian ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj.

Yang turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents International India, Gobi Krishanan; Pengarah Urusan Cawangan Arab Saudi, Khaleed Almaeena dan Ketua Pegawai Eksekutif Cawang­an Nigeria, Miebaka Adoki.

MyEvents International adalah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, bukan sahaja merangkumi pengurusan acara tetapi juga perundingan, reka bentuk, sokongan teknologi maklumat (IT) dan teknikal, pe­ngurusan media sosial, pemasaran, penajaan dan pusat panggilan.

Sejak ditubuhkan lebih se­de­kad lalu hingga hari ini, MyEvents International telah menubuhkan pejabat operasi di United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE), India dan Malaysia.