Program kali keempat sejak 2014 itu merupakan sebahagian daripada insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi menggembirakan lagi kakitangan menyambut lebaran.

Kesemua 278 pengawal keselamatan dan anak yatim menerima baucer Mydin berjumlah RM300 bagi pembelian barangan keperluan.

Penyampaian baucer disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali; Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn. Bhd., Datuk Seri Zakaria Abdul Razak dan Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd. Azrul Zakaria.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, komitmen berterusan Muaz Force yang prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja dan anak-anak itu wajar dicontohi pihak lain bagi memastikan hubungan silaturrahim sesama mereka terus erat.

“Tahniah kepada pihak syarikat kerana mengambil inisiatif yang sangat bermakna untuk masyarakat dan bukan kepada warga kerja semata-mata.

“Jadi saya berharap selepas ini ada syarikat lain mengambil langkah sama dengan pendekatan berkebajikan kepada pekerja,” katanya kepada pemberita selepas program itu.-UTUSAN ONLINE