Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MSAM manfaatkan lebih 3 juta pengunjung

MOHD. NOORDIN ABBAS (kanan) menerima cenderamata penghargaan daripada
MOHD. NOORDIN ABBAS (kanan) menerima cenderamata penghargaan daripada Hamad Kama Piah Che Othman pada majlis penghargaan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei – Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang dianjurkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memanfaatkan lebih tiga juta pengunjung sejak dilancarkan pada 2000.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, penganjuran MSAM 2015 bagi edisi ke-16 di Sibu, Sarawak mencatat lebih dua kali ganda pengunjung berbanding sasaran awal sekali gus mencipta rekod baharu sepanjang program itu dianjurkan.

Katanya, MSAM di Sibu mencatat 319,000 penyertaan dan mengatasi pencapaian tertinggi MSAM sebelum ini iaitu di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan penyertaan 280,000 orang manakala penganjuran MSAM kali pertama di Sarawak pada 2010 telah menarik penyertaan 187,000 orang.

“Dalam masa empat hari, MSAM 2015 telah berjaya menarik 138,407 penyertaan dan meningkat lebih 200,000 orang pada hari keenam lebih tinggi daripada sasaran awal 150,000 orang yang kita buat sebelum itu.

“Apabila kita melabuhkan tirai MSAM pada 27 April, angka rasmi yang kita capai adalah seramai 319,000 penyertaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis minum petang sebagai tanda terima kasih dan penghargaan sempena MSAM 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Korporat dan Pembangunan Modal Insan PNB, Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd. Nizam Zainordin; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd., Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Menurut Hamad Kama Piah, secara umum, MSAM kali ini dikunjungi masyarakat bahagian Sibu, antaranya, Selangau, Kanowit, Mukah, Kapit dan Sarikei yang mana turut mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi.

“Alhamdulillah, dalam kita berusaha mendidik masyarakat menerusi platform MSAM, mereka tidak melepaskan peluang untuk melanggan pelbagai produk yang sesuai dengan matlamat pelaburan dan perancangan kewangan mereka demi masa depan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain