MRCB
 

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, perolehannya bagaimanapun susut 17.7 peratus kepada RM427.6 juta berbanding RM519.84 juta sebelum ini.

Katanya, prestasi lebih baik itu disumbangkan oleh pertumbuhan yang dicatatkan daripada bahagian kejuruteraan, pembinaan dan alam sekitar.

“Kami masih mempunyai nilai tempahan yang belum direkodkan sebanyak RM4.9 bilion dan strategi kami menyasarkan projek pembinaan berasaskan fi kini semakin membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.