Ia merupakan syarikat tujuan khas yang ditubuhkan di Malaysia oleh Tenaga Nasional Bhd (Tenaga, A3 stabil).
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Moody’s turut memberi unjuran stabil terhadap sukuk berkenaan.

Hasil daripada cadangan sukuk itu akan digunakan bagi tujuan korporat dan bagi pembiayaan semula obligasi hutang tertentu yang mencapai tempoh matang.

“Penarafan A3 terhadap cadangan sukuk itu menyamai penarafan tidak bercagar se­nior Tenaga kerana kami melihat suku itu sebagai memadai dengan obligasi pembayaran tidak bercagar senior, dengan peme­gang sukuk itu akhirnya berharap kepada Tenaga bagi mendapatkan pulangan dan pembayaran semula utama,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's, Spencer Ng.

Penarafan cadangan sukuk itu juga memaparkan obligasi utama Tenaga bagi memastikan jumlah perbekalan bertempoh itu sentiasa dipertahankan dan kewujudan pelaksanaan pembelian yang menunjukkan peme­gang sukuk itu bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan kredit Tenaga untuk pembayaran semula apabila dibubarkan.

Penarafan A3 Tenaga, sebaliknya, memaparkan penggunaan metodologi penarafan Moody's bagi penerbit berkaitan kerajaan yang menggabungkan kualiti kredit kendiri Tenaga yang merupakan peningkatan dua mata berbanding pendekatan analisis kemungkiran bersama Moody's.

“Pendekatan ini menggambarkan kemungkinan besar so­­kongan terhadap Tenaga daripada kerajaan Malaysia (A3 stabil) dalam situasi sukar,” katanya.

Selepas mengambil kira tambahan hutang daripada cada­ngan terbitan sukuk itu, Moody's menjangkakan leveraj kewa­ngan Tenaga sebagaimana diukur berdasarkan aliran tunai terka­wal kepada hutang (RCF), akan susut kepada kurang 17 peratus pada 2018.

Bagaimanapun, ia berkata leveraj kewangan syarikat itu mampu menampung kadar peratusan bagi tempoh 12-18 bulan akan datang, didorong oleh jualan tenaga dan sumbangan pendapatan lebih tinggi daripada projek-projek janakuasa baharu yang akan beroperasi.– BERNAMA