FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, Hairul merupakan bekas CFO Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).

Beliau memulakan kerjaya sebagai pelatih pengurusan di Sime Darby Bhd. pada Mei 1994 dan memegang jawatan sebagai CFO divisyen perladangan syarikat itu pada Jun 2008 hingga Jun 2011.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai CFO divisyen tenaga dan utiliti Sime Darby bermula Februari 2011 hingga Februari 2012 sebelum menyandang jawatan CFO MRT Corp. pada Mac 2012 hingga Disember 2018. - UTUSAN ONLINE