Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mohaiyani wanita pertama 
dilantik Pengerusi Maybank

KUALA LUMPUR 2 Mac – Malayan Banking Bhd. (Maybank) melantik Datuk Mohaiyani Shamsudin sebagai pengerusi wanita pertama yang mengetuai lembaga pengarah utama Maybank, syarikat senaraian awam terbesar di Malaysia pada 1 April ini.

Mohaiyani Shamsudin

Pelantikan itu susulan Penge­rusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor yang akan melepaskan jawatan itu pada 31 Mac 2017 selepas 12 tahun menduduki kerusi lembaga berke­naan, termasuk tujuh setengah tahun sebagai pengerusi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, Megat Zaharuddin dilantik sebagai Pengarah dan Pengerusi Maybank pada 1 Oktober 2009.

Sehubungan itu katanya, lembaga pengarah dan pengurusan berterima kasih kepada Megat Zaharuddin terhadap kepimpinan kukuh beliau terutamanya dalam tempoh tujuh setengah tahun yang lepas.

“Beliau merupakan pemimpin yang berwawasan dan sentiasa mencabar kami ke tahap lebih tinggi, serta berjaya membawa kumpulan melepasi cabaran beberapa keadaan ekonomi global yang paling mencabar.

“Bagi pihak 44,000 warga Maybank di 20 negara di seluruh dunia, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kepimpinan serta nasihat dan bimbingan yang diberikan selama ini,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sementara itu Megat Zaharuddin berkata, ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan buat beliau kerana dapat berkhid­mat dalam Lembaga Pengarah Maybank khususnya sebagai pengerusi sejak 2009, kumpulan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah institusi kewangan utama di rantau ini.

“Saya yakin kumpulan akan terus mewujudkan nilai pada masa akan datang, terutamanya dalam landskap operasi yang pantas berubah yang mana perkhidmatan berbeza dan inovasi akan menjadi pemacu utama kepada kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohaiyani telah dilantik sebagai Pengarah Maybank pada 22 Ogos 2011. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah bagi Jawatankuasa Semakan Kredit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

Buat masa ini, Mohaiyani me­rupakan Pengerusi Maybank Investment Bank Berhad, jawatan yang dipegangnya sejak Mac 2016.

Menurut Farid, Mohaiyani mempunyai kerjaya yang menarik dan pengalaman yang luas bukan sahaja dalam industri perkhidmatan kewangan tetapi juga dalam perkhidmatan awam.

“Sebagai ahli lembaga, beliau memiliki pandangan yang luas dalam semua aspek kumpulan dan kami yakin beliau akan me­nerajui Maybank dengan berkesan sebaik sahaja memegang jawatan baharu ini,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain