Pameran yang memasuki edisi keempat tersebut menawarkan pengalaman unik buat pengunjung seperti peluang untuk memandu uji semua model yang mengambil bahagian atau juga memenangi cabutan bertuah be­rupa Kia Picanto.

Hampir kesemua jenama automotif terbesar di Malaysia telah mengambil bahagian dalam pameran yang bertemakan Pengalaman Mobiliti 360 darjah tersebut dengan beberapa model baharu dipertontonkan kepada para pe­ngunjung.

Berikut adalah antara model baharu yang diperlihatkan dan bakal menjadi pilihan peminat automotif tempatan.