MMM dalam kenyataannya berkata, bermula sekarang sehingga 31 Disember pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Outrlander baharu iaitu Outlander 2.0 liter dan 2.4 liter akan menerima rebat sehingga RM8,000.

Katanya, ketika ini jualan bagi Outlander 2.4 liter sangat pantas dan stok varian itu adalah terhad.

“Outlander 2.0 liter dan 2.4 liter masing-ma­sing berharga RM137,888 dan RM152,888 sebuah tidak terma­suk insurans. Model tersebut memenangi ‘Best Family Ride’ pada Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018 dan ‘Family SUVs of Malaysia’ di Anugerah Kereta Malaysia 2018,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MMM berkata, pelanggan yang menempah trak pikap Mitsubishi Triton turut menerima rebat tunai seba­nyak RM5,000 dan RM8,000.

Menurutnya, rebat tunai RM5,000 diberikan kepada pelanggan yang menempah Triton MT dan Quest manakala RM8,000 untuk Athlete; VGT Adventure X; VGT AT Premium; VGT AT GL dan VGT MT.

“Kesemua varian Triton kecuali Quest didatangkan dengan lima tahun jaminan atau had perbatuan 200,000 kilometer (km). Quest turut mendapat lima tahun jaminan atau had perbatuan 100,000 km,” katanya.