Ketua Mini Malaysia, Kidd Yam berkata, Mini Countryman Plug-In Hybrid dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece Mini dengan rekaan dalaman menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa Mini.

Jelas beliau, butiran rekaan dalaman menggunakan sulaman bersilang berwarna aluminium, paparan skrin sentuh sebesar 6.5 inci dengan teknologi terkini bagi memberikan kawalan menyeluruh di hujung jari pemandu.

“Jentera ini juga turut dilengkapi butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu se­per­ti Auto eDrive dan MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya manakala Save Battery untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi.

“Pacuan semua roda ALL4 dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik yang membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar yang terletak di hadapan dan belakang. Enjin petrol menggerakkan gandar tayar hadapan sementara belakang dige­rakkan oleh motor elek­trik,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Tambah Kidd, Mini Countryman Plug-In Hybrid didatangkan dengan transmisi enam kelajuan automatik dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 224 ku­asa kuda (hp) dengan kuasa kilas mencecah 385Nm.