MIDF berkata, BNM telah me­ngeluarkan surat menyata­kan tiada bantahan daripada pi­haknya bagi MIDF dan peme­gang saham tunggalnya, Permo­dalan Nasional Bhd. (PNB), un­tuk memulakan rundingan de­ngan Al Rajhi Banking & Investment Corporation, kerajaan Arab Saudi (Al Rajhi KSA) berhubung penggabungan itu.

“Rundingan perlu selesai da­lam tempoh tiga bulan daripada tarikh surat dikeluarkan BNM.

“Kami berharap dapat me­ngadakan rundingan yang membuahkan hasil dengan Al Rajhi KSA dan mencapai keputusan yang memanfaatkan ke­dua-dua pihak,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani dalam kenya­taan di sini hari ini.

MIDF berkata, kelulusan yang diterima tidak harus ditafsir sebagai menggambarkan perjanjian penggabungan muktamad akan dicapai atau BNM telah meluluskan penggabungan itu.

“MIDF akan terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada BNM atau Menteri Kewangan, berserta syor daripada bank pusat itu, kerana kes ini mungkin perlu mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sebelum menandatangani sebarang perjanjian untuk memuktamadkan cadangan penggabungan itu,” katanya.

MIDF berkata, sekiranya per­setujuan dicapai, ia juga akan tertakluk kepada pelbagai syarat, termasuk semua undang-undang relevan dan kelulusan daripada semua pihak berkuasa kawal selia di Malaysia dan Arab Saudi.

“Pengumuman selanjutnya berhubung cadangan penggabungan itu akan dibuat pada masa sesuai tatkala rundingan sedang berjalan dan pada masa yang sama, perniagaan akan diteruskan seperti biasa,” kata­nya. – BERNAMA