Pengarah Serantau Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat, Luar dan Perundangan Asia Tenggara, Microsoft, Dr. Astrid Tuminez berkata, M-Powered ialah portal pertama seumpamanya di ASEAN bagi menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan serta menjadi sumber pembelajar­an menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak.

Katanya, Microsoft akan meneruskan komitmen untuk berganding bahu dengan Malaysia dalam proses transformasi digital negara ini.

“Kami melihat teknologi sebagai penggerak utama kepada hasrat untuk memperkasakan setiap insan dan organisasi bagi meningkatkan pencapaian masing-masing.

“M-Powered adalah sejajar dengan usaha kami untuk memastikan manfaat ekonomi digital dikongsi secara saksama oleh semua pihak, tidak mengira ke­upayaan masing-masing,” kata­nya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.