Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelaburan saham boleh jadi untung atau rugi. Tetapi tidak mustahil jika kita sentiasa memperoleh keuntungan dan juga tidak mustahil pelaburan tersebut boleh jadi rugi.

Pokok pangkalnya, tindakan serta disiplin yang kita amalkan semasa pertama kali terjebak dalam dunia pelaburan yang menghasilkan keuntungan mahupun kerugian.

Jika seseorang itu sentiasa memperoleh keuntungan saham, tidak mustahil dia akan sentiasa melabur atau berurusniaga saham kerana telah mendapat rentak dan teknik dalam pelaburan saham.

* Bagaimana seseorang itu boleh rugi dalam pelaburan saham?

Saya berikan contoh yang mana seseorang itu memulakan pelaburan saham tanpa mempunyai asas dalam ilmu pelaburan saham.

Beliau sekadar memilih saham syarikat yang murah tanpa membuat apa-apa kajian atau mendapatkan nasihat profesional. Beliau membuat pemilihan saham syarikat kerana harganya yang murah iaitu 2 sen atau RM20 untuk 1,000 unit saham.

Beliau membeli waran kerana mempunyai modal tunai sebanyak RM2,000 atau bersamaan 100,000 unit saham.

Waran syarikat diterbitkan oleh syarikat tersenarai dan memberikan hak kepada pemegang tetapi ia bukan merupakan obligasi untuk melanggan saham biasa yang baharu pada harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Waran mempunyai tarikh matang sehingga 10 tahun. Selepas tamat tempohnya, ia tidak lagi bernilai melainkan pemegang tersebut telah melanggan saham baharu sebelum tarikh matang.

Waran ini boleh dikenali di mana selepas nama saham syarikat tersenarai mempunyai penghujung WA, WB, WC dan seterusnya.

Oleh kerana beliau tidak tahu apakah pengertian sesuatu waran, beliau membeli de­ngan niat menyimpan sebagai pelaburan.

Beliau tidak tahu bahawa harga waran kebiasaannya akan turun secara perlahan-lahan apabila tarikh matang sesuatu waran semakin dekat. Harga waran boleh menjadi setengah sen pada hari terakhir tempoh matang.

Apabila waran tersebut telah sampai tempoh matang dan dinyahsenarai daripada papan Bursa Malaysia, wang pelaburan telah hilang begitu sahaja.

Kes ini telah kerap kali berlaku lebih-lebih lagi kepada pelabur baharu serta pelabur yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang saham-saham tersenarai di Bursa Malaysia.

Juga, pelabur yang tidak membuat kajian atau membeli saham secara tergesa-gesa yang membuatkan mereka terlepas pandang untuk menyemak bilakah tarikh matang sesuatu waran.

Bagi menghindarkan diri daripada terbeli waran yang hampir tamat tarikh matang, pelabur dan pedagang saham dinasihatkan untuk tidak membeli waran yang tarikh matang kurang dari dua tahun atau tidak menyimpan waran ini untuk pelaburan jangka masa panjang.

Sekiranya pelabur ingin membeli waran ini untuk membuat keuntungan, pelabur perlu menukar status diri sebagai pedagang yang membuat urus niaga jual beli waran dalam masa singkat serta membeli kerana mengikut trend semasa.

Dan sekiranya pelabur saham telah tersilap beli pada awalnya, anda dinasihatkan untuk melupuskan segera waran tersebut lebih-lebih lagi jika tarikh tamat tempoh matang hanya tinggal beberapa bulan sahaja atau beberapa hari sahaja.

Kes ini pernah terjadi pada seorang rakan Facebook saya yang terlepas pandang dan terbeli waran yang hampir tamat tempoh matang.

Saya mengesyorkan beliau melupuskan segera waran tersebut yang semakin jatuh harganya dan wang hasil penjualan waran itu bolehlah beralih pada saham syarikat yang lebih berpotensi.

Kadang-kala kita tidak boleh menaruh harapan agar harga waran tersebut naik melebihi harga yang dibeli kerana sememangnya sesuatu waran yang hampir tamat tempoh matang menjadi tidak bernilai kerana ia bukan saham biasa (ordinary shares).

Asal saham waran diterbitkan ialah sebagai sumber dana kepada saham syarikat tersenarai dan ia mempunyai harga kuat kuasa atau exercise price.

Pelabur yang menyedari kesilapan yang telah dilakukan jangan mengambil sikap acuh tidak acuh atau sikap tidak mengapa kerana kesilapan ini pasti akan berulang lagi di masa hadapan.

Inilah di antara punca pelabur dan pedagang saham yang sentiasa mengalami kerugian dalam pelaburan dan urus niaga saham.

Pelabur dan pedagang saham tidak perlu segan untuk bertanya apa-apa perkara tentang pasaran saham kepada wakil peniaga berlesen sebelum mengambil tindakan membeli sesuatu saham.

Artikel ini adalah sebahagian daripada penjelasan saya bagi menjawab soalan seorang pemanggil di rancangan Biz Malaysia, RTM 1 yang mengesyorkan untuk diadakan talian hayat sebagai panduan membeli saham untuk menghindarkan mereka daripada kerugian.

PEMBACA yang ingin mendapatkan pembelajaran tentang perisian serta kegunaan Bursa Station ini boleh hubungi Zuraida Mohd. Zakaria melalui emel [email protected]

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain