Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UNIVERSITI-UNIVERSITI di seluruh Australia telah mela­bur hampir 1.7 bilion dolar Austra­lia (RM5.1 billion) dalam aktivi­ti pemasaran sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini.

Pelaburan besar ini dilakukan semata-mata bertujuan bagi menarik bukan sahaja para pelajar dari seluruh dunia untuk datang belajar di Australia, tetapi juga para eksekutif profesional bagi mengukuhkan pentadbiran universiti mereka untuk mencapai status global.

Laporan dan jumlah pe­la­buran ini dilaporkan oleh portal Sky News pada 9 September 2017 yang lalu.

Saya amat tertarik dengan jumlah pelaburan tersebut yang diletakkan khusus untuk pemasaran dan tidak kepada yang lain.

Menurut artikel Sky News itu lagi, mereka bersungguh-sungguh memastikan bukan strategi pemasaran digital dilakukan dengan lebih baik, tetapi juga pemasaran bentuk lain seperti pengiklanan, penajaan, pembangunan semula penjenamaan, pembinaan logo dan slogan baharu dan pengedaran kandungan-kandungan dilakukan dengan agresif yang dibuat ke seluruh dunia termasuklah ke Malaysia.

Tanpa pelaburan sebegini, Australia tidak akan mencapai status sepertimana sekarang. Negara kanggaru itu kini merupakan salah satu negara utama pendidikan tinggi dunia setaraf dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Bukan sahaja universiti-universiti di Australia kini dipandang tinggi oleh para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ter­tinggi mereka, institusi-institusi pe­ngajian tinggi ini juga kini me­nikmati hasil dari pelaburan me­reka dalam bentuk keuntungan yang besar.

Ini secara tidak langsung me­nunjukkan pengurusan mereka telah membuat keputusan yang bijak.

Saya mengatakan bijak ke­rana mereka tahu di mana pe­laburan yang sepatutnya dilakukan. Mereka tahu dengan fokus yang diberikan kepada pemasaran ia bakal memberikan pulangan yang sepatutnya, dan tidak akan hangus terus.

Malah pulangan tersebut bakal dinikmati dengan kadar segera dengan jumlah yang jauh lebih besar lagi berbanding jumlah pelaburan yang dibuat. Dan bahagian yang paling utama yang sepatutnya diperuntukkan sumber kewangan untuk dilaburkan ialah Pemasaran.

Saya secara peribadi berpendapat bahawa universiti-universiti di Malaysia tidak kira yang dimiliki kerajaan mahupun swasta, perlu mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini dan merancang semula strategi pemasaran ma­sing-masing untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Adakah kita mempu­nyai stra­tegi pemasaran yang ber­kualiti dan jitu, yang bakal membawa universiti kita ke persada antarabangsa dengan yakin? Atau adakah kita membelanjakan wang peruntukan yang sepatutnya diberikan ke­pada pemasaran, diberikan ke­pa­da bahagian-bahagian lain yang tidak berimpak tinggi yang tidak memberikan pulangan sewajarnya?

Berdasarkan kepada interaksi yang saya dengan rakan-rakan akademik di seluruh negara, kebanyakan universiti di negara ini tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan pemasaran.

Ada pula universiti yang mempunyai peruntukan pemasaran yang hampir tidak wujud. Selama ini mereka amat bergantung harap kepada pihak kerajaan Pusat sahaja untuk mendapatkan para pelajar terutamanya dari luar negara.

Dalam masa yang sama, setiap universiti akan bersaing sama sendiri bagi merebut para pelajar tempatan yang ada. Strategi lemah sebegini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kita akan terus kekal dengan kekangan kewangan dari tahun ke tahun, yang akan berterusan sampai bila-bila.

Apa yang boleh universiti kita lakukan bagi menarik para pelajar dan eksekutif profesional luar negara sama seperti apa yang dilakukan di Australia? Ini boleh dilakukan sekiranya universiti kita sedikit kreatif dalam me­rangka pelan pemasaran mereka dan tidak perlu berbelanja sehingga berjuta-juta ringgit setahun untuk ini.

Kini tiba masanya untuk kita mulakan strategi baharu yang lebih berimpak tinggi. Mulakan dengan merangka keseluruhan strategi universiti anda dengan strategi pemasaran digital terlebih dahulu.

Kemudian baharu diikuti dengan strategi penjenamaan yang jauh lebih baik dari sekarang, strategi operasi yang lebih berkualiti dan mudah, strategi khidmat pelanggan yang lebih berdaya saing, strategi penawaran kursus-kursus yang le­bih sesuai, strategi infrastruktur yang lebih baik, strategi kewangan yang lebih seimbang dan sebagainya.

Ubah strategi universiti kita yang telah lapuk ini kepada yang lebih baik. Kita bukan lagi berada di tahun 1980. Ambil kesempatan ke atas kepakaran orang lain dan jangan terlalu bergantung kepada kepakaran diri sendiri sahaja.

Strategi pemasaran digital yang berkualiti tidak menggunakan pelaburan yang besar tetapi ia mampu memberikan daya saing yang besar jauh le­bih baik dari apa yang terhasil sekarang.

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah Pakar Pemasaran Digital. Ikuti pandangan beliau di azleen.com

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain