Harganya yang paling menarik

Pada harga RM594,800 sebuah, (tidak termasuk insurans) ia adalah sebuah EEV iaitu ken­deraan cekap tenaga. Difahamkan harga sebelum mendapat insentif kerajaan boleh mencecah lebih RM800,000 sebuah.

 

BMW740Le xDrive menggu­nakan kuasa bateri dan pe­trol. Dengan kata lain ia sebuah kereta hibrid. Bateri boleh dicaj menggunakan plug 3 pin di rumah selama 8 jam untuk 100 peratus. Bateri penuh mampu menghasilkan jarak pemanduan sejauh 37 kilometer. Kombinasi kuasa petrol dan bateri menghasilkan kuasa maksimum 258hp + 118hp. Penulis sempat memecut sehingga 250 kilo­meter sejam (km/j).

Keselesaan yang optimum

Oleh kerana ia sebuah kereta limosin, ruang dalamannya sangat mewah dan eksklusif. Rekaan kabinnya memenangi anugerah Kereta Mewah Terbaik Dunia (World Luxury Car of the Year) 2016 yang menawarkan pelbagai ciri seperti paparan skrin sentuh BMW Touch Display dan kawalan gestur, BMW Gesture Control. Anda boleh mengawal tahap tinggi rendah suara radio dengan menggunakan tangan tanpa menyentuh butang.

kerusi kulit premium untuk keselesaan penumpang dan pemandu. Lampu

KERUSI kulit premium untuk keselesaan penumpang dan pemandu. Lampu ambien biru mengelilingi papan pemuka dan pintu untuk menghasilkan mood ketika memandu.

Ruang kabin diperkaya de­ngan lampu ambien, seperti lampu aluan khas, Welcome Light Carpet di bahagian pintu depan dengan jalur cahaya terang. Tidak cukup dengan itu, ada enam warna dan mood lampu ambien berbeza pada jalur di papan pemuka, pintu hadapan dan di pintu belakang.

Bumbung panaromik

Terdapat dua bumbung panaromik yang dikenali dengan sky lounge yang dipasang bersama lebih 15,000 butiran lampu LED. Sangat mengujakan. Ia menghasilkan aura pemanduan yang mewah.

Sistem keselamatan termoden

BMW 740Le xDrive menyedia­kan sistem pemanduan terkini yang merangkumi ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif. Pada skrin pemandu disertakan had kelajuan setiap jalan Persekutuan dan lebuh raya.

Jangan terkejut model ini boleh membetulkan stereng secara automatik apabila mengesan anda terkeluar daripada lorong. Malah ia boleh menghentikan kenderaan secara automatik jika kenderaan di hadapan berhenti.

kerusi kulit premium untuk keselesaan penumpang dan pemandu. Lampu

TABLET 7 inci pada konsol tengah yang boleh dicabut bagi mengawal infotainment dan juga alat untuk pelarasan kerusi mengikut kehendak penumpang.

Terdapat sensor komputer pada cermin hadapan untuk mengawal sistem keselamatan aktif. Tetapi sistem tersebut boleh terjejas jika hujan lebat. Penulis beberapa kali mengalaminya ketika hujan lebat yang menyebabkan kawalan terpaksa diambil alih oleh pemandu.

Kerusi urut di bahagian penumpang belakang

Sebagai sebuah limosin, apa yang paling menarik ialah menjadi penumpang belakang. Kerusi penumpang belakang boleh mengurut bahu, tulang belakang dan pinggul. Tetapi tidak terlalu kuat cuma urutannya dapat melegakan untuk mengharungi perjalanan yang jauh.

Kerusi belakang juga boleh dilaraskan secara automatik sama ada mahu ditegakkan atau direbahkan. Pengampu kepala pula sangat lembut dan boleh menghasilkan lena yang panjang ketika dalam perjalanan.

Kawalan BMW Touch Command

Ia berupa tablet yang dile­takkan di konsol tengah. Tablet bersaiz 7 inci yang boleh dialih keluar dan disambung dengan sistem kenderaan, penumpang kini boleh mengakses semua fungsi hiburan sama ada untuk menguatkan suara atau menonton filem.

enjin 2 liter yang mampu menghasilkan kuasa pecutan 5.3 saat dari

ENJIN 2 liter yang mampu menghasilkan kuasa pecutan 5.3 saat dari 0 hingga 100 kilometer sejam.

Malah terdapat juga ciri-ciri keselesaan lain seperti arahan untuk membuka bumbung panaromik, menutup langsir pada tingkap dan mengubah warna lampu ambien.

Kesimpulan

Sebenarnya masih ba­nyak ciri-ciri yang ada pada BMW740Le xDrive yang boleh dijadikan sebab untuk anda memilikinya. Apa yang dapat penulis sertakan ini adalah sebahagian daripada kepuasan ketika memandu dan menumpang model ini. Jadi, apa tunggu lagi?