Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saya pernah terbaca beberapa iklan pembelajaran saham yang mana modul pembelajaran saham menyentuh topik pembelajaran untuk mengenal pasti broker yang terbaik sebagai pilihan untuk melabur. Ia juga termasuk pemilihan ejen yang terbaik. Ejen ini sama ada dealer ataupun remisier.

Seperti yang pernah saya katakan, setiap orang mempu­nyai pendapat dan ideologi masing-masing, begitu juga saya. Maka, saya akan berikan garis panduan untuk membuat pemilihan broker dan ejen dalam urusan beli jual saham.

Platform urus niaga saham

Platform urus niaga yang baik ialah memberikan platform carta saham yang mudah digunakan serta maklumat-maklumat lain. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kekurangan pada platform tersebut, pelabur boleh melanggan mana-mana perisian carta. Ada beberapa perisian carta yang mempunyai penyaringan saham atau stock scanner yang sangat membantu para pelabur dan pedagang saham menyaring saham berpotensi.

Yuran pembrokeran

Ramai pelabur inginkan yuran pembrokeran yang sa­ngat murah. Tidak dinafikan sebagai remisier, mereka tidak dapat memberikan yuran pembrokeran yang terlalu murah kerana remisier tertakluk kepada perkongsian yuran pembrokeran dengan syarikat broker saham. Justeru, mereka mengenakan caj yang tinggi sedikit berbanding dealer tetapi memberikan perkhidmatan yang lebih baik bersesuaian dengan yuran yang dikenakan.

Mendapat laporan atau penyelidikan saham harian dan terkini

Satu daripada keperluan pelabur ialah mesti membaca laporan penyelidikan pasaran saham setiap hari. Ada kalanya, pelabur dan pedagang saham tidak dapat mencari berita-berita semasa kerana bekerja. Maka, dengan laporan-laporan sebegini sangat-sangat membantu para pelabur dan pedagang saham. Juga, dengan adanya senarai saham-saham pilihan dari bahagian penyelidikan atau dari penganalisis pasaran bertauliah, ini memudahkan pelabur dan pedagang saham memilih mana-mana saham yang sesuai untuk membuat kaji selidik kali kedua sebagai pilihan terbaik dari senarai yang diberikan.

Terdapat juga syarikat broker saham yang memberikan laporan tentang pasaran saham luar negara serta berita-berita penting sama ada yang berlaku di dalam negara atau pun luar negara.

Ejen yang senang dihubungi

Ejen yang mudah dihubungi dan berinteraksi serta sentiasa berada di depan skrin. Ini amat penting kerana ada kalanya pelanggan tidak dapat membuat jual beli di atas talian dan memerlukan bantuan ejen untuk memasukkan arahan beli dan jual.

Ejen yang boleh membantu

Saya pernah menyentuh topik berkenaan fungsi dealer dan remisier sebelum ini. Ejen yang membantu ini bermaksud ejen yang boleh menjawab segala persoalan atau kemusykilan tentang saham sekiranya ditanya. Juga, mereka juga akan uar-uarkan kepada pelanggan sekiranya ada peluang-peluang pelaburan kepada pelanggan.

Sebagai contoh, menawarkan permohonan saham melalui tawaran persendirian (private placement) atau melalui penawaran secara book buil­ding, menguruskan pinjaman saham IPO yang diperoleh daripada MITI serta membantu pelanggan mengemas kini perkembangan pasaran semasa.

Apa hendak dibuat bila anda tidak mendapat kesemua atau beberapa perkara yang tersebut di atas?

n Pelabur dan pedagang saham boleh membuka satu lagi akaun CDS di tempat lain. Langkah ini amat baik tetapi memadai mempunyai tidak lebih dari 2 akaun.

n Melantik dealer sebagai ejen kerana dealer merupakan pekerja syarikat broker saham yang terikat dengan jadual waktu kerja yang ditetapkan oleh syarikat. Justeru, sekiranya dealer tersebut bercuti, maka syarikat broker saham akan melantik dealer lain sebagai pengganti semasa ketiadaan dealer tersebut. Walau bagaimanapun, prosedur ini juga diguna pakai oleh remisier ketika bercuti.

n Sekiranya tidak mendapat bantuan dari ejen, pelabur boleh menghubungi meja bantuan (help desk) atau pegawai perkhidmatan pelanggan.

n Memperlengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sekiranya pelabur dan pedagang saham tidak mendapat bantuan yang sepenuhnya se­perti yang diingini.

Sememangnya dealer dan remisier ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan tetapi kadang kala mereka tidak dapat memuaskan hati semua orang. Maka, jalan yang terbaik ialah pelabur dan pelanggan sendiri memperlengkapkan diri dan mengemas kini dengan ilmu, maklumat dan perkembangan pasaran saham.

n Membuat kajian saham sendiri lebih baik kerana sekiranya berlaku sesuatu perkara yang menjurus kepada kerugian, kita tidak akan menuding jari kepada sesiapa. Anggapkan kesilapan tersebut suatu pe­ngajaran dan pengalaman yang tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Sabtu ini, 9 September 2017, saya akan mengendalikan Simposium Saham Utusan di Dewan, Utusan Melayu di Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur. Anda boleh menyertai simposium percuma ini de­ngan mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsahamutusan2017

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain