Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Meizu lancar telefon pintar Pro 6 Plus, M5 Note

Gary XU (tiga kanan) dan Steven Tan bersama empat model menunjukkan
Gary XU (tiga kanan) dan Steven Tan bersama empat model menunjukkan telefon pintar Meizu pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 April – Jenama telefon pintar China, Meizu memperkenalkan dua model baharunya, Pro 6 Plus dan M5 Note yang masing-masing dijual pada harga RM1,999 dan RM849.

Pengarah Rantau Asia Pasifik Meizu Technology, Gary Xu berkata, dua produk baharu itu juga merupakan tambahan kepada model sedia ada M3s dan M3 Note yang diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Katanya, dengan pelancaran tersebut syrikat turut melantik Dynamics Distribution Sdn. Bhd. sebagai pengedar eksklusif bagi produk Meizu di Malaysia.

“Trend menunjukkan penggunaan telefon pintar di Asia merupakan antara yang tertinggi di dunia.

“Kehadiran Meizu di Malaysia merupakan satu daripada strategi kami bagi meneroka peluang lebih luas di pasaran Asia Tenggara,” katanya pada majlis pelancaran Meizu di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Dynamics Distribution, Steven Tan.

Xu berkata, model Meizu Pro 6 Plus menampilkan prosesor berkelajuan tinggi Exynos 8 dengan frekuensi 2.0 GHz.

Model tersebut juga didatangkan dengan skrin bersaiz 5.7 inci lengkap dengan resolusi Quad HD 2k.

“Ia dilengkapi kamera belakang 12 megapiksel dengan penstabil imej optikal 4-axis serta pemproses berprestasi tinggi ISP bagi menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan. Ia juga mempunyai kuasa bateri 3400 mAh yang tahan lama,” katanya.

Meizu M5 Note pula dilengkap paparan skrin definisi penuh (HD) 5.5 inci dengan 3GB RAM dan 32GB ruang penyimpanan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain