Derma yang disampaikan oleh Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Halim dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman diserahkan kepada Menteri Kewangan , Lim Guan Eng di Putrajaya, hari ini.

“Derma ini adalah bukti semangat patriotisme kami terhadap negara. Malaysia adalah rumah kita dan sekarang ia adalah tanggungjawab kita untuk membantu negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zaini dalam kenyataan sama berkata, beliau yakin keadaan ekonomi akan terus mengukuh walaupun status hutang negara kini agak membimbangkan. – UTUSAN ONLINE