Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, rekaan dua model A-Class baharu mengambil kira aspek dinamik dan konsep operasi yang intuitif.

Bahagian luar menonjolkan imej sporty dengan bonet yang rendah dan lampu utama diod pemancar cahaya (LED) yang rata bersama kemasan krom memberikan gaya yang tersendiri di samping memberi pencahayaan yang lebih baik pada waktu malam.

“Buat pertama kali fungsi Keyless-Go menjadi ciri stan­dard untuk A-Class. Jentera ini juga dilengkapi sistem bantuan pemanduan seperti Bantuan Meletak Kenderaan Aktif yang memudahkan pemilik ketika mencari, masuk dan keluar dari petak meletak kenderaan.

Model A-Class menggunakan enjin yang lebih cekap dan berkuasa iaitu A 200 Progressive Line dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.3 liter turbo caj yang mampu menjana 163 kuasa kuda (hp) pada 5,500 rpm dan dipadankan dengan transmisi automatik dwi klac 7G-DCT.

Varian A 250 AMG Line pula dilengkapi enjin empat silinder 2.0 liter turbo caj yang menjana kuasa sehingga 224 hp dengan transmisi automatik dwi klac 7G-DCT. Kedua-dua model ini dilengkapi empat mod transmisi Dynamic Select iaitu Eco, Comfort, Sport dan Individual.

MBM menyediakan pembia­yaan Plan A bagi model A-Class baharu bermula RM1,988 sebulan bersama pelbagai pakej lain.