Ketua Pegawai Modal Insan Maybank, Nora Abdul Manaf berkata, Maybank juga merupakan bank Malaysia yang pertama melancarkan kurikulum pengurusan kekayaan serantau dengan WMI NTU.

“WMA Maybank menawarkan kurikulum berasaskan latihan kepada pegawai jualan, pakar dan pengurus kekayaan meliputi segmen kekayaan peribadi, premier dan keistimewaan di lapan pasaran global Maybank iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Kemboja, Brunei dan London,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran WMA Maybank, di sini hari ini.

Fasa pertama yang dilaksanakan di Singapura bermula Mei lalu menyaksikan lebih 150 pengurus perhubungan Maybank, penasihat pelanggan, pengurus dan pakar kekayaan dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong yang mendaftar untuk kursus berkenaan. - UTUSAN ONLINE