Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, syarikat perbankan tersebut telah memulakan rundingan dengan pihak berkuasa India untuk membuka cawangannya di sini.

Beliau memberitahu, Maybank melalui anak syarikatnya, Bank International Indonesia (BII) telah beroperasi di Mumbai sejak 2013 dan kini merancang untuk bergerak sendiri selepas ini.

Cawangan pertama di India pada 1995, tetapi memberhentikan operasinya pada 2008 sebelum kembali pada 2013. - UTUSAN ONLINE