Mohamed Rafique
Mohamed Rafique

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Rafique Merican Mohd. Wahiduddin Merican berkata, IAP adalah sebuah portal pelaburan dan merupakan inisiatif daripada institusi perbankan Islam sejak 2015 lagi.

Katanya, lima lagi bank yang menyertai IAP ialah Affin Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.

“Di bawah platform ini, Maybank Islamic telah memperkenalkan Akaun Pelaburan Khusus Tanpa Had (Suria) bagi tujuan menampung pelaburan pada IAP dengan memasukkan beberapa industri seperti pembangunan hartanah, logistik dan pembinaan.

“Apabila IAP dilancarkan, ianya merupakan satu pencapaian besar terhadap industri perbankan Islam kerana telah meluaskan lagi pe­ranan kami sebagai perantara pelaburan dan berbangga menjadi sebahagian inisiatif strategik ini,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Mohamed Rafique Merican, melalui IAP usahawan dan pelabur dapat melabur secara terus dalam usahasama atau pembiayaan aset sekali gus me­ningkatkan lagi peluang dana untuk dilaburkan dalam pelaburan yang sesuai.