Ketua Perbankan Islam Maybank dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, syarikat turut menerima pengiktirafan sebagai Bank Sukuk Global Terbaik dan Pembekal Pelaburan Jangka Pendek Patuh Shariah Global Terbaik bagi kali kedua berturut-turut.

“Kemenangan di peringkat antarabangsa ini akan me­rangsang kami untuk mening­katkan penyampaian perkhidmatan dan sumbangan kami kepada masyarakat dan industri perbankan Islam.

“Terima kasih kepada semua pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan berterusan mereka untuk menjadikan Maybank Islamic sebagai peneraju dalam industri ini,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah diadakan bersempena mesyuarat tahunan Bank Dunia/Dana Kewa­ngan Antarabangsa (IMF) di National Press Club, Washington DC.