duta NeXT X1, Scha Alyahya bergambar bersama telefon pintar itu
DUTA NeXT X1, Scha alyahya bergambar bersama telefon pintar itu
selepas majlis pelancarannya di Kuala
Lumpur, semalam.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma berkata, Maxis turut menawarkan pengalaman pemilikan tiada bandingan dengan jaminan 24 bulan termasuk penggantian segera jika telefon pelanggan mengalami kerosakan serta perlindungan skrin selama 12 bulan.

Katanya, selain daripada itu, NeXT X1 juga menawarkan faedah-faedah lain termasuklah pelan internet 6GB dengan data 4G, 50 minit panggilan percuma dan kuota internet tambahan pada harga RM4 bagi setiap 1GB.

“Memiliki telefon pintar kini menjadi keperluan yang amat pen­ting bagi rakyat Malaysia, bagaimana­pun harga telefon kini semakin mahal dan kos membaik pulih telefon pintar turut mening­kat.

“Dengan NeXT X1, Maxis akan menawarkan bukan sahaja data dan panggilan, malah kami menawarkan pemilikan hebat pada nilai yang amat berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran NeXT X1 di sini hari ini.

Tambahnya, NeXT X1 turut dilengkapi skrin paparan definisi tinggi penuh (FHD) 5.5 inci, kamera auto fokus 16 megapiksel dan sensor cap jari.