Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mavcom terima 1,639 aduan

Abdullah Ahmad 2
Abdullah Ahmad

KUALA LUMPUR 18 April – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menerima sebanyak 1,639 aduan antara Mac 2016 dan Februari 2017 meliputi 1,632 aduan terhadap syarikat penerbangan dan tujuh membabitkan lapangan terbang.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Jeneral (B) Tan Sri Abdullah Ahmad berkata, Laporan Pengguna pertama yang dikeluarkan hari ini mendapati bahawa angka tertinggi adu­an yang diterima membabitkan Rayani Air berkenaan pemulangan wang penumpang.

Kata­nya, adu­an kedua tertinggi adalah mengenai isu bayaran balik terhadap AirAsia dan yang ketiga merupakan isu pengendalian bagasi oleh Malaysia Airlines (MAS).

Jelas beliau, Malindo Air menerima jumlah aduan tertinggi berdasarkan nisbah bagi setiap penumpang, untuk setiap sejuta penumpang yang dibawa oleh Malindo Air terdapat 20 aduan dite­rima oleh Mavcom.

“Ia khususnya berkaitan penundaan pe­nerbangan dan isu bayaran balik, diikuti oleh Malaysia Airlines dan AirAsia X dengan 14 aduan bagi setiap sejuta penumpang masing-masing.

“Mavcom menerima sehingga 906 aduan mengenai bayaran balik diikuti kesalahan pengendalian bagasi (162), pembatalan penerbangan (135) dan kelewatan pe­nerbangan (120),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumlah berkenaan diperoleh daripada data yang direkod oleh Sistem Pengurusan Aduan Mavcom (CMS), platform yang membolehkan pengguna membuat aduan mereka melalui laman web Mavcom.

Sementara itu, jumlah aduan yang diterima membabitkan perkhidmatan lapangan terbang adalah sangat minimum dengan kebanyakan aduan membabitkan isu pengendalian, perkhidmatan pelanggan dan kemudah­an di lapangan terbang.

Secara keseluruhan, Mavcom telah berjaya mengurus, menyelesaikan dan menutup 95 peratus daripada 1,639 aduan berkenaan.

Pada 28 Februari 2017, kira-kira 50 peratus daripada penum­pang Rayani Air dalam rekod Mavcom telah menerima bayaran balik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain