Peter Bellew
Peter Bellew

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew (gambar) berkata, harga tiket bagi perjalanan pergi dan balik kelas ekonomi bermula pada RM489 seorang sementara untuk kelas perniagaan pula ialah RM1,959 seorang.

Jelas beliau, laluan baharu itu dijadualkan beroperasi pada bulan hadapan dan penerbangan pertama pada 29 Oktober depan.

“Laluan baharu ini akan menggunakan pesawat B738-800 dengan kapasiti 160 tempat duduk yang terdiri daripada 16 tempat duduk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk kelas ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pertambahan laluan baharu itu memberikan perhubungan yang lebih luas antara Kuala Lumpur dengan lapangan terbang kedua paling sibuk di Indonesia.

“Malaysia Airlines kini beroperasi di tiga laluan penerbangan di Indonesia.

“Dengan pertambahan Surabaya ke dalam rangkaian perkhidmatan kami, para pelanggan dapat melihat tempat-tempat menarik di kedua-dua buah negara bermula Oktober depan,” ujarnya.

Tiket penerbangan kini boleh ditempah melalui laman web Malaysia Airlines www. malaysiaairlines.com dan ejen-ejen pelancongan pilihan.