Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, pelan perlindungan Takaful tersebut ditaja jamin oleh Etiqa, dengan perkhid­matan bantuan disediakan oleh Cover-More.

Katanya, pelanggan Malaysia Airlines akan dapat membeli perlindungan takaful serentak de­ngan pembelian tiket penerbangan mereka.

“Terdapat permintaan yang tinggi bagi produk perlindungan takaful daripada pelancong antarabangsa buat masa ini, jadi kami teruja untuk melancarkan produk komprehensif yang mematuhi undang-undang syariah dan pada masa yang sama menawarkan pelanggan Islam dan bukan Islam perlindungan perjalanan dengan perkhidmatan bantuan yang cemerlang.

“MHinsure Travel Takaful akan menawarkan pelancong manfaat yang sama seperti produk insurans perjalanan tradisional dengan dua manfaat tambahan untuk Badal Haji dan Ihsarr bagi jemaah haji,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Group, Kamaludin Ahmad berkata, kerjasama baharu ini membuktikan hubungan erat antara pihaknya dan Malaysia Airlines sejak 2008 dan kini berkembang dengan lebih baik.

“Perikatan strategik ini akan terus mengembangkan kehadi­ran jenama global Etiqa dengan memanfaatkan destinasi penerbangan Malaysia Airlines atau rakan perkongsian kod serta Cover-More,” katanya.

MHinsure Travel Takaful kini boleh didapati melalui tempahan bersepadu Malaysia Airlines dan juga di https://www.malaysiaairlines.com/my/en/plan/mhinsure.html atau https://mas-ma-wl.poweredbycovermore.com