Menurut MAS, tawaran pembelian sehingga 27 Jun ini itu adalah bagi perjalanan antara 23 Jun ini hingga 31 Mei 2019 bagi penerbangan domestik, dan 26 Jun ini hingga 31 Mei 2019 untuk laluan antarabangsa.

“Sejuta tempat duduk ditawarkan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Tokyo, Shanghai, Seoul, Auckland, Hong Kong, Jakarta, Bangkok, Singapura, Kota Kinabalu, Alor Setar dan Pulau Pinang.

“Selain itu, terdapat juga promosi dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai, Taipei, Tokyo dan Perth,” jelas MAS dalam kenyataan di sini hari ini.

Tawaran pertengahan tahun berkenaan boleh didapati melalui laman web MAS di www.malaysiaairlines.com.

Menurut syarikat penerbangan itu, tawaran lain termasuk pene­busan Enrich daripada serendah 3,000 mata miles, diskaun 20 peratus bagi insurans perjalanan, pemilihan tempat duduk, bagasi prabayar serta pek tempat duduk standard bersama bagasi prabayar.

“Sementara itu, tambang khas juga boleh didapati de­ngan pembelian tempat duduk Kelas Perniagaan iaitu penjimatan lebih bagi tempahan un­-
tuk dua tempat duduk.

“Penumpang yang berminat untuk menaik taraf kelas Ekonomi ke Perniagaan atau Perniagaan ke Kelas Pertama juga boleh berbuat demikian dalam masa tiga jam sebelum penerbangan,” jelasnya.

Orang ramai digalakkan me­ngambil kesempatan itu untuk menikmati faedah tambahan dalam naik taraf kabin termasuk elaun daftar masuk bagasi tambahan, akses kepada lounge dan pas masuk keutamaan.