Ketua Pegawai Eksekutifnya, R. M. Chandran berkata, pembelian tiket ke destinasi pilihan boleh dibuat menerusi dalam talian, kaunter tiket dan melalui ejen pelancongan.

“Promosi terbesar 2017 setakat ini menawarkan harga tambang bagi kelas ekonomi dan bisnes pada harga eksklusif selain dapat menikmati perkhidmatan premium daripada kami seperti ruangan tambahan untuk kaki, hidangan semasa penerbang­an, hiburan dan elaun bagasi 30 ki­logram.

“Kami optimis promosi ini berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk terbang bersama kami ke semua destinasi pilihan antarabangsa antaranya Singapura, Australia, India, Indonesia Taiwan, Hong Kong dan Vietnam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah R.M. Chandran, kelas ekonomi menawarkan harga serendah RM39 sehala untuk penerbangan domestik manakala pe­nerbangan antarabangsa bermula pada RM99 sehala untuk destinasi terpilih.

“Penerbangan kelas bisnes menawarkan harga serendah RM159 sehala ke semua destinasi tempatan dan RM259 sehala bagi destinasi antarabangsa terpilih,” katanya.