Ketua Pegawai Hasil Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, syarikat itu turut menawarkan pelbagai pilihan perjalanan termasuk diskaun 25 peratus bagi insurans MH, elaun bagasi tambahan, pilihan tempat duduk dan pembelian akses Golden Lounge.

“Ini adalah MATTA Fair terakhir untuk tahun ini, dan kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dengan menyediakan tawaran hebat untuk merancang percutian mereka.

“Penglibatan Malaysia Airlines dalam MATTA Fair ini menjadi saksi terhadap usaha kami mempromosikan industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ong berkata, tambang kelas ekonomi ke destinasi antarabangsa bermula daripada RM699 ke Hong Kong, RM1,059 ke Nanjing, RM1,099 ke Beijing, RM1,159 ke Seoul, RM1,259 ke Mumbai, RM1,299 ke Kathmandu, RM1,479 ke Sydney, RM1,659 ke Brisbane dan RM2,899 ke London.

“Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun sekitar 30 peratus bagi perjalanan di ASEAN dengan tambang bermula serendah RM379 ke Singapura, RM559 ke Bangkok dan RM639 ke Bali,” jelasnya.

Beliau berkata, Tambang domestik dari Kuala Lumpur juga boleh didapati serendah RM279 ke Pulau Pinang, RM459 ke Ku­ching dan RM559 ke Kota Kinabalu.

“Tambang ini sah untuk perjalanan dari 9 September ini hingga 31 Ogos 2019 untuk destinasi antarabangsa dan dari 7 September ini hingga 31 Ogos tahun depan untuk destinasi ASEAN dan domestik,” ujarnya.

Selain di MATTA Fair, diskaun tambang tersebut juga boleh didapati di laman web Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines dan aplikasi Malaysia Airlines sehingga 12 September ini.