Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malakoff fokus pasaran antarabangsa

Pengerusi Malakoff, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (tengah) bersama
Pengerusi Malakoff, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (tengah) bersama Azhar Abdul Hamid (dua dari kiri) melihat buku laporan tahunan Malakoff Corporation Berhad selepas AGM syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA

KUALA LUMPUR 19 April - Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) akan memberi fokus kepada pasaran antarabangsa tahun ini dengan mengembangkan keha­diran dalam penjanaan tenaga dan pengeluaran air.

Pengarah Urusan Malakoff, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, kumpulan itu sedang mengenal pasti lebih daripada 10 peluang pertumbuhan berpotensi menumpukan kepada pasaran global.

“Kami sedang kenal pasti peluang yang ada. Sama ada kita pergi atau tidak, itu perkara lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) kumpulan di sini hari ini.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan di pasaran antarabangsa dengan pertumbuhan kumpulan memfokuskan kepada pelaburan di pasaran yang sudah diteroka.

Katanya, berbanding negara ini, tenaga boleh diperbaharui di Eropah adalah besar, namun Malakoff akan melihat terlebih dahulu jika peluang itu bersesuai­an dengan kumpulan.

“Projek-projek di bawah penilai­an adalah selaras dengan rancangan meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa yang berkesan Malakoff kepada 10,000 megawat (mW) dan generasi penyahgaraman air seba­nyak 530,000 meter padu setiap hari menjelang 2020,” ujarnya.

Pada tahun kewangan ber­akhir tahun lepas, jumlah kapasiti penjanaan tenaga yang berkesan syarikat adalah 7,036 mW, sementara generasi penyahgaraman air pula berjumlah 444,800 meter padu setiap hari.

Tambah Azhar, pada masa ini, kemudahan Malakoff di luar negara hanya menyumbang sekitar empat peratus kepada perolehan keseluruhan kumpulan, tetapi ia membentuk sebanyak 25 peratus hasil keuntungan.

“Daripada sini, anda boleh melihat sendiri bagaimana pasa­r­an antarabangsa memberi kesan kepada keuntungan kumpulan,” jelasnya.

Malakoff mencatatkan pe­ningkatan perolehan sebanyak 15 peratus kepada RM6.1 bilion bagi tahun kewangan 2016 berbanding RM5.3 bilion juta pada tahun sebelumnya.

Kumpulan itu juga merekodkan untung selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak RM355.5 juta, susut 21 peratus daripada RM452.4 juta pada tahun 2015.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain