Menurut laporan Reuters India, GMR Group kini menjelaskan bahawa terpulanglah kepada MAHB, yang berhak menerima atau menolak tawaran tersebut.

MAHB ketika ini memiliki 20 peratus pegangan ke atas lapangan terbang tersebut, sementara syarikat Turki, Limak menguasai 40 peratus.

Pada pertengahan Disember lalu, MAHB secara rasminya berhasrat mahu mendapatkan kepentingan GMR Group itu.

Kos bagi menanggung pembelian itu akan dijana menerusi penempatan saham baharu serta menggunakan dana dalaman syarikat.

MAHB menjelaskan, pengambilalihan itu penting dalam usaha mempelbagaikan pendapatan syarikat dalam jangka panjang serta mengukuhkan peranannya sebagai pengendali lapangan terbang itu.