Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew berkata, faktor mu­a­­­­­tan penumpang (PLF) tumbuh sebanyak 81 peratus bagi suku keempat 2016 berbanding 70 peratus pada suku sama tahun sebelumnya, selain turut merekodkan 90 peratus PLF bagi bulan Disember tahun lalu.

Katanya, MAB dapat menge­kalkan disiplin tambangnya walaupun tambang yang ditawarkan pesaing diturunkan.

Mengenai prospek, beliau berkata, MAB kekal berhati-hati untuk tahun fiskal 2017 ber­ikutan lebihan kapasiti dalam pasaran Malaysia dan perang harga yang berpotensi yang akan menjadikan ia sebagai cabaran.

“Pendapatan dijangka ber­ku­rangan pada separuh kedua tahun ini disebabkan persa­­ingan yang tidak rasional, tetapi tumpuan syarikat penerbangan adalah mengurangkan kos untuk mengekalkan kedudukan kewangannya.

“Kami kekal memberi tumpu­an kepada kawalan kos dan te­lah mengenal pasti lebih RM400 juta dalam pengurangan kos tahun ini untuk mengimbangi kekuatan dolar Amerika Syarikat.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, MAB berhasrat membeli pesawat bersaiz besar daripada Airbus atau Boeing pada suku pertama 2018.

Menurut Bellew, ia bertujuan menambah bilangan tempat duduk serta meningkatkan kua­liti produk bagi laluan sedia ada.

“Kumpulan menjangkakan untuk membawa lebih 17 juta penumpang pada tahun ini, kami melihat peluang untuk mengembangkan kedudukan sebagai syarikat pener­bangan yang menawarkan perkhidmatan lima bintang menjelang 2018.

“MAB menjangkakan penghantaran pesawat baharu Airbus A350 ditangguhkan oleh pihak Airbus untuk tempoh satu ke dua bulan sehingga Disember 2017,” katanya.