Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAB beli pesawat tambahan 2018

Peter Bellew
Peter Bellew

KUALA LUMPUR 1 Mac - Malaysia Airlines Bhd. (MAB) berhasrat membeli pesawat bersaiz besar daripada Airbus atau Boeing pada suku pertama 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew berkata, ia bertujuan menambah bilangan tempat duduk serta meningkatkan kualiti produk bagi laluan sedia ada.

“Kumpulan menjangkakan untuk membawa lebih 17 juta penumpang pada tahun ini.

“Dan kami melihat peluang untuk mengembangkan kedudukan sebagai syarikat pener­bangan yang menawarkan perkhidmatan lima bintang menjelang 2018,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bellew berkata, MAB menjangkakan penghantaran pesawat baharu Airbus A350 ditangguhkan oleh pihak Airbus untuk tempoh satu ke dua bulan sehingga Disember 2017.

Menurutnya, MAB akan terus memberi fokus terhadap ka­walan kos dan mengenal pasti lebih RM400 juta pengurangan kos untuk tahun 2017 bagi mengimbangi pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kumpulan telah mengakhiri tahun 2016 dengan bajet yang ditetapkan serta inisiatif pemu­lihan syarikat turut menunjukkan keputusan yang positif.

“Secara keseluruhan kumpulan merekodkan kerugian yang lebih kecil berbanding unjuran yang dibuat sebelum ini bagi pelan perniagaan tahun kewa­ngan 2016,” katanya.

MAB mencatatkan faktor mu­atan penumpang (PLF) sebanyak 80 peratus bagi suku keempat 2016 berbanding 70 peratus pada suku sama tahun sebelumnya, selain turut merekodkan 90 peratus PLF bagi bulan Disember tahun lalu.

Purata tambang turun tiga peratus kepada RM484 bagi setiap penumpang suku ke suku manakala pertumbuhan trafik meningkat 5 peratus kepada 3.8 juta penumpang bagi suku keempat 2016.

Tambahnya, MAB akan terus menawarkan nilai yang tinggi bagi tambang kelas perniagaan dan ekonomi merangkumi semua biarpun kebanyakan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia melakukan sebaliknya.

Bellew turut melihat potensi pertumbuhan besar bagi pelancongan ke Malaysia dari negara China

“Rancangan pengembangan ke China juga telah berjaya de­ngan pelancaran penerbangan ke Haikou manakala jualan tiket bagi laluan Nanjing, Wuhan dan Fuzhou juga telah bermula pada suku pertama 2017 dan penerbangan pertama dijangka berlepas pada Jun 2017,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain