Lodin Wok juga akan melepaskan jawatan sebagai Naib Pengerusi Boustead Plantations Bhd., Pengerusi Eksekutif Boustead Heavy Industries Corporations Bhd. (BHIC) dan Pengerusi Bukan Eksekutif Pharmaniaga Bhd.

Menurut Boustead, Boustead Plantations, BHIC dan Pharmaniaga, peletakan jawatan itu adalah berdasarkan perjanjian persetujuan bersama.

“Lodin Wok, 69, telah menjadi Pengarah Urusan Boustead sejak 1991. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi syarikat itu sejak 2010,” katanya dalam makluman Bursa Malaysia di sini hari ini.

Lodin Wok sebelum ini adalah Ketua Eksekutif dana persaraan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 1985 sehingga September 2018.

Beliau juga adalah Timbalan Pengurus Besar LTAT pada 1983. - UTUSAN ONLINE