Berikut, saya kongsikan lima petua berkesan yang perlu usahawan baru lakukan supaya anda dapat capai kejayaan de­ngan lebih mudah:

Wajib bermula

Setiap orang mempunyai impian yang besar untuk dicapai dalam hidup dan sudah pasti semua orang ingin berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Untuk capai ke sesuatu tahap kita perlu ‘Bermula’. Idea, teknik dan apa jua yang dipelajari mesti ada tindakan.

Jangan tunggu sempurna barulah bermula tetapi bermulalah untuk menjadikan bisnes kita menjadi sempurna dengan cara belajar perkara berkaitan bisnes, menambah baik dan memperbaiki kesilapan yang lalu.

Percaya pada diri sendiri

Setiap keputusan yang diambil adalah dari diri anda. Jadi, anda perlu percaya pada diri anda untuk melakukan apa jua yang anda lakukan. Jika anda ingin sesuatu yang luar biasa, anda perlu lakukan perkara yang luar biasa. Jangan takut untuk mengambil keputusan yang luar biasa.

Mungkin akan ada sesiapa yang akan cuba melemahkan semangat anda tetapi nasihat saya adalah abaikan sahaja. Yang bina kejayaan adalah diri anda! Bukan mereka. Buktikan pada mereka anda boleh lakukan dan berjaya.

Melabur pada ilmu

Apabila kita ingin tahu sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi adalah dengan berguru. Cari guru atau mentor yang betul dan boleh membantu anda sehingga dapat capai jalan penyelesaiannya. Jangan pernah berkira dengan ilmu yang bagus. Guru atau mentor akan membantu anda meminimumkan risiko kegagalan dan membawa anda ke jalan yang betul menuju kejayaan dengan lebih cepat dan mudah.

Elakkan kerugian berjuta ringgit kerana tidak mahu membayar yuran kepandai­an malah lebih rela berkeras untuk membayar yuran kebodohan. Pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan pada ilmu dan sentiasa merendahkan ego untuk belajar sesuatu bagi memaksimumkan jualan anda.

Sentiasa berada dalam kalangan rakan yang positif

Untuk menjadi lebih kuat, anda perlu bersama. Jika mahu wangi, bergaul dengan penjual minyak wangi. Jika mahu berjaya, bergaullah dengan orang yang berjaya. Di dalam bulatan inilah kita sentiasa memberi motivasi, nasihat dan idea antara satu sama lain untuk berjaya bersama.

Jika sebelum ini, kita di dalam bulatan yang sering cuba menjatuhkan kita, beranikan diri untuk mengambil tindakan. Ingat! Kita tidak boleh ubah orang lain, tapi kita boleh ubah siapa berada di samping kita. Buatlah pilihan yang bijak untuk berubah demi mencapai kejayaan yang diimpikan oleh anda.

Sentiasa ingat ‘ BIGWHY ‘

Kadangkala pasti kita akan buntu, rasa berputus asa dan rasa menyesal tetapi cuba ingat semula apakah sebab utama kita bermula. Cuba ingat dan jadikan sebab utama itu untuk kita terus kekal bersemangat dan terus berjuang sehingga tercapai segala impian yang kita idamkan selama ini.

Anda kena berani dan sentiasa paksa diri anda untuk te­rus ke hadapan. Kekal bermotivasi supaya apa jua yang anda lakukan akan selesai dengan keputusan yang luar biasa.

Saya doakan anda yang be­kerja mahupun yang buat bisnes terus maju jaya, kaya, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Amin.

ZAKARIA ZARKASI adalah pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia