Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LIMA: Airbus tawar pelbagai produk keupayaan termaju

.

KUALA LUMPUR 14 Mac – Airbus akan mempamerkan pelbagai rangkaian produk dengan keupayaan termaju pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang akan diadakan bermula 21 hingga 25 Mac ini.

Menurut Airbus, pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines dan pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah antara pesawat yang akan diterbangkan semasa pameran berkenaan.

Selain itu jelasnya, pameran statik pula akan menampilkan pesawat penumpang badan lebar A330-300 Malaysia Airlines, pesawat A400M dan pesawat pengangkut ringan CN235 milik TUDM.

“Pameran statik akan menyerlahkan kedudukan Airbus sebagai peneraju pasaran helikopter di Malaysia melalui kehadiran EC725 Caracal dan AS555SN Fennec milik TUDM, AS365 Dauphin daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta model popular penerbangan awam H130 dan H135.

“Pesawat AS365 APMM dan AS355 Ecureuil Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan mempertontonkan kehebatan penerbangan mereka kepada para penonton,” jelas Airbus dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut syarikat itu, di ruang pameran Airbus, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat tentang rangkaian lengkap produk syarikat termasuk keluarga pesawat komersial paling komprehensif daripada 100 hingga lebih 600 tempat duduk.

Jelas Airbus lagi, model skala A350 XWB dan A330neo, psuedo-satelit altitud tinggi Zephyr, pesawat peronda maritim C295 dan helikopter H175 serta H145M akan turut dipamerkan.

Tambah syarikat pengeluar pesawat itu, Malaysia merupakan satu daripada pasaran strategik utama Airbus bagi bahagian helikopter, pertahanan dan angkasa lepasnya.

“Sehingga kini Airbus telah menjual lebih 700 buah pesawat kepada syarikat-syarikat penerbangan Malaysia manakala le­bih 100 buah helikopter sedang berkhidmat di negara ini.

“Airbus juga turut terlibat dalam bidang perindustrian negara, malah produk ‘Buatan Malaysia’ turut terbang bersama dengan rangkaian produk syarikat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain