Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LIMA 2017 saksikan penyertaan padu British

Royal Air Force

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pameran Udara dan Maritim An­tarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 bakal menyaksikan penyertaan pelbagai syarikat peneraju teknologi terkemuka British, dengan kerajaan United Kingdom te­rus me­ngukuhkan hubungan industri dengan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan keselamatan.

Menteri Perolehan Per­ta­hanannya, Harriett Bal­dwin akan mengetuai de­­legasi ke LIMA yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini.

“Delegasi negara itu terdiri daripada Ketua Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan, Stephen Phipson; Pegawai Peme­rintah Udara Kumpulan 1 Royal Air Force, Naib Marshal Udara, Gerry Mayhew; dan Laksamana Alex Burton, Komander Angkatan Maritim UK,” kata Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan UK dalam kenyataan hari ini.

Baldwin dipetik sebagai berkata bahawa, Britain akan terus mengukuhkan hu­­bungan lamanya dalam bidang pertahanan dan ke­selamatan dengan Malaysia.

“Kami berminat untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran keselamatan serantau menggunakan sokongan dan teknologi inovatif British,” katanya.

Sementara itu, Phipson percaya kerjasama de­ngan Malaysia sangat penting bagi mewujudkan peluang untuk syarikat Malaysia dan UK berkongsi teknologi pertahanan dan keselamatan, selain mewujudkan perkongsian usaha sama. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain