Program Kesetiaan AirAsia Big akan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang membayar menerusi revPAY dengan tawaran istimewa iaitu satu Mata Ganjaran Big untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada 11 November ini.

Selain itu, 11 ahli Big yang berbelanja paling banyak pada hari itu berpeluang untuk memenangi hadiah 30,000 Mata Ganjaran Big yang boleh digunakan untuk menebus tiket pe­nerbangan ke destinasi-destinasi AirAsia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kesetiaan AirAsia Big, Sereen Teoh berkata, syarikat itu ingin memberikan lebih ganjaran kepada ahli-ahli Big kerana tawaran untuk penerbangan sahaja adalah tidak mencukupi.

“Kami mahu melangkaui batas kesetiaan syarikat pe­nerbangan dengan memberikan seramai 20 juta ahli-ahli Big ganjaran untuk aktiviti kegemaran harian seperti berbelanja dalam talian, khususnya Taobao.

“Dengan menambah ganjaran ini, kami percaya ia memudahkan ahli-ahli untuk mendapatkan Mata Ganjaran Big agar dapat menebus penerbangan percuma dengan lebih pantas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Taobao.com merupakan sebuah platform yang semakin berkembang, terdiri daripada lebih 160 rakan pelancongan dan gaya hidup untuk memberikan ahli-ahli Big lebih banyak pilihan bagi mendapatkan Mata Ganjaran Big.

Selain itu, Big eStore, sebuah platform pemasaran bersekutu di airasiabig.com turut membolehkan ahli-ahli berbelanja dengan jenama terkenal seperti Lazada, 11street, Nike, Sephora dan mendapatkan satu Mata Ganjaran Big untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Ahli-ahli Big boleh menggunakan Mata Ganjaran Big untuk menebus tawaran Big Deals bagi baucar-baucar Fave, selain diskaun sehingga 95 peratus atau membeli baucar-baucar tersebut untuk mendapatkan lebih banyak Mata Ganjaran Big.

Untuk mendapatkan mata ganjaran menerusi perbelanjaan dalam talian dan menebus penerbangan AirAsia ke lebih 130 buah destinasi di Asia Pasifik secara percuma, daftar sebagai ahli Big di airasiabig.com sekarang.