PUTRAJAYA, 25 JANUARI 2017- Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza
REDZA RAFIQ

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, tiga projek itu merangkumi penubuhan Taman Teknologi Sains Kedah (KSTP) dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dekat sini, serta Bandar Getah Kedah (KRC) di Padang Terap.

Beliau berkata, KSTP dan KRC adalah antara projek pembangunan di bawah Rangka TindakanPembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2016-2025 (Blueprint 2.0) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos tahun lepas manakala SBEZ merupakan projek baharu yang diumumkan Najib semasa pembentangan Bajet 2018.

“Peluang pekerjaan yang akan disediakan ini antaranya dalam bidang pembuatan, pertanian mo­den, agrosains dan juga logistik...seperti projek SBEZ yang akan menumpukan kepada elemen logistik.

“Dua pertiga daripada jumlah eksport selatan Thailand adalah melalui Wilayah Ekonomi Koridor Utara, iaitu Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, dengan hala tuju kebanyakannya - lebih 70 peratus daripada jumlah itu, akan dihantar ke Pelabuhan Pulau Pinang.

“Ini antara fakta menarik. 34 peratus makanan dalam tin yang dieksport Selatan Thailand masuk ke kawasan kita, dan kemudian ke Pelabuhan Pulau Pinang, untuk dihantar ke negara China. Ini dise­babkan kecekapan sistem penghantaran yang kita ada,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa Program Jelajah UtaraKU Blueprint 2.0 di Pusat Transformasi Luar Bandar Napoh (RTC Napoh) di Changlun dekat sini yang turut dihadiri anggota Dewan Undang­an Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar.

“Justeru itu, pihaknya kini antara lain sedang menumpukan usaha untuk mengambil peluang daripada kelebihan dalam aspek kecekapan penghantaran barang­an, katanya.

“Atas sebab itu kita kini sedang menumpukan kepada kerjasama NCIA dengan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan kolej komuniti,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu ada­lah untuk memastikan tenaga kerja itu dapat memenuhi keper­luan dan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan pihaknya sekali gus membantu golongan muda me­ningkatkan taraf hidup mereka pada masa depan

Sementara itu, Redza berkata, inisiatif dalam Blueprint 2.0 itu telah diolah dan diselaraskan supaya le­bih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan memberi tumpuan kepada pembangunan bersifat in­klu­sif agar dapat membawa pembangunan untuk kumpulan sasaran makro dan mikro. – BERNAMA