N. RAJENDRAN
N. RAJENDRAN

Timbalan Ketua Pe­gawai Eksekutifnya, Da­tuk N. Rajendran ber-
kata, kesemua syarikat tersebut merekodkan perolehan selepas cukai melebihi RM20 bilion dalam kewangan penuh bagi tempoh tiga hingga lima tahun.

Bagaimanapun katanya, syarikat-syarikat berkenaan masih lagi belum mengambil peluang sepenuhnya untuk menyenaraikan perniagaan mereka di bursa saham tempatan.

“Kebanyakan syarikat ini mempunyai latar belakang industri yang berbeza seperti pemprosesan makanan, pembuatan mesin dan bahan binaan. Mereka telah menunjukkan prestasi dan potensi pertumbuhan konsisten serta mempunyai jaringan pengurusan yang baik.

“Penyenaraian di Bur­sa Malaysia dapat membantu syarikat-sya­rikat ini untuk terus berkembang maju terutama melibatkan perolehan modal dengan lebih mudah dan selamat sekali gus mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kerajaan” katanya dalam Forum MIDA-Bursa Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan ketua Pegawai Komersial Bursa Malaysia, R. Selvarany.

Tambah N. Rajendran, galakan untuk penyenaraian di Bursa Malaysia selari dengan matlamat kerajaan yang memberi penekanan kepada Revolusi Industri 4.0.

Katanya, untuk mencapai matlamat itu setiap syarikat tempatan perlu menggunakan automasi, teknologi pintar dan robotik serta melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk.

“Maklum balas yang diterima mendapati rata-rata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti berkenaan berikutan kekurangan dana.

“Oleh itu, MIDA mengambil inisiatif tersebut untuk menganjurkan forum ini supaya dapat meningkatkan pemahaman dan memberi pendidikan kepada syarikat-syarikat tentang kebaikan untuk membuat penyenaraian di Bursa Malaysia,” jelasnya.

HABIS...