Pengarah Urusan Orando, Datuk Dr. Eng Wei Chun berkata, fasa pertama projek dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM1.2 bilion itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2020.

Beliau berkata, lokasi projek berkenaan yang terletak di kawasan yang lengkap dengan kemudahan awam serta pusat beli-belah memberi nilai tambah kepada hartanah ber­kenaan, sekali gus memberikan pulangan yang menarik kepada pembelinya.

“Orando mementingkan kua­liti dan perkhidmatan terbaik dalam setiap projek yang diba­ngunkan, bersesuaian de­­ngan moto syarikat iaitu ‘Building Homes Of Swiss-Watch Stan­dard’,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Terletak di kawasan seluas 1.6 hektar, Laville Kuala Lumpur dilengkapi 1,200 unit pangsapuri perkhidmatan dan 35 unit kedai dua tingkat.

Mengulas mengenai industri hartanah ketika ini, beliau berkata, pasaran ketika ini dilihat bertambah baik biarpun mengalami sedikit ke­lem­bapan.

Katanya, syarikat pemaju di­lihat kini lebih peka dalam membangunkan sesuatu projek terutamanya yang berkonsepkan pembangunan ber­orientasikan transit (TOD).

“Ia memang mencabar ketika ini, te­tapi projek seperti Laville menawarkan ba­­­­nyak ke­­mudahan da­­ri segi lo­kasi dan infrastruktur dan itu men­jadi antara daya tarikan bagi projek ini,” katanya.

Dalam pada itu be­liau berkata, Orando hanya melancarkan sebuah pro­jek setahun atau apabila projek sedia ada siap dibina bagi mengekalkan produktiviti dan kualiti yang kepada pelanggannya.

“Kami tidak mahu ter­kejar-kejar kerana apa yang penting fokus utama diberikan kepada projek-projek yang sedang da­lam pembinaan,” katanya.